Kami memahami bahawa anda ingin menjadi pelancong yang lain dari yang lain dan anda mahu melakukan perkara yang sedikit berbeza daripada kebiasaan pelancong. Walau bagaimanapun, bukannya selalu anda berpeluang untuk ke Sydney, malah pasti anda ingin melawat ke destinasi yang berlainan setiap kali bercuti, betul? Sydney mempunyai lokasi-lokasi yang tertentu yang hanya terdapat di Sydney, Australia jadi anda harus pergi melawat apabila berada di sini!
Kredit: https://www.trover.com
Di artikel ini, kami di PolicyStreet akan membantu anda membuat senarai pendek dan ringkas tentang beberapa tempat yang menarik di Sydney untuk anda lawati. Kami sangat pasti anda sememangnya berhasrat untuk ke Sydney cuma anda masih teragak-agak ke mana harus anda pergi dan dari mana anda hendak mulakan perjalanan anda. Berikut adalah senarai tempat terbaik untuk melawat di Sydney dan pastikan anda mengambil gambar untuk membuktikan anda telah berada di sini! Gambar tidak pernah menipu dan sekurang-kurangnya anda mengambil gambar sebagai suatu pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.
1. Sydney Opera House
Tidak hairan lagi bahawa tarikan utama di dalam senarai ini merupakan bangunan paling termasyhur di dunia. Terletak di Perlabuhan Sydney di Bennelong Point, ianya dianggap salah satu daripada keajaiban dunia moden. Di reka oleh Jorn Utzon dan melalui beberapa kontroversi, akhirnya ia dibuka pada Oktober 1973. The Opera House ialah salah satu daripada ikon terkenal di Sydney dengan pelancong dan pelawat yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Perkara yang perlu anda lakukan apabila ke sini ialah untuk duduk di atas tangga dan bergambar.
2. Sydney Harbour Bridge
Dikenali dengan nama Coathanger oleh penduduk tempatan, Sydney Harbour Bridge merupakan lokasi yang anda harus lawati jika ke Sydney. Anda boleh berjalan-jalan di atas jambatan yang gah ini atau hanya melihat keindahan jambatan ini dari bawah. Semestinya anda harus bergambar sebagai kenangan. Jika anda tidak tahu, ini merupakan lokasi wajib untuk mengadakan sambutan Tahun Baru dan persemabahan bunga api yang diadakan pada setiap tahun.
3. Bondi Beach
Pantai yang menjadi tumpuan para peluncur air atau surfers ini, merupakan lokasi tumpuan para pelancong backpackers pada setiap Hari Krismas setiap tahun. Anda boleh melihat kawasan pantai yang luas ini dipenuhi dengan peancong-pelancong backpackers yang ingin menikmati percutian dengan pemandangan biru pantai yang dipenuhi peluncur-peluncur air mengharungi gelora ombak. Walaupun pantai ini agak sibuk kerana ianya sangat terkenal, namun anda perlu datang kesini jika anda seorang peluncur. Bondi Icebergs di Bondi Beach adalah titik permulaan laluan pejalan kaki atas tebing di pinggir bandar Sydney.
4. The Rocks
The Rocks sangat cantik dan merupakan sebahagian daripada sejarah Sydney. Ia terletak 5 minit dari Circular Quay. Bukan hanya ada boleh belajar lebih mendalam dan lebih dekat lagi tentang sejarah lampau Australia di Justice and Polce Museum, anda juga boleh boleh membeli belah di The Rocks Market sepanjang hujung minggu. Terdapat beberapa pub lama yang boleh ditemui di sekitar jalan-jalan berbatu dan beberapa kedai dan galeri yang mewah. Ianya gabungan masa lalu dan sekarang!
5. Darling Harbour
Ianya sangat menarik untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan pejalan kaki ini dan orang ramai menonton tetapi anda juga perlu cuba untuk melawat beberapa tarikan yang menakjubkan yang anda akan dapati di sini, seperti Australian National Maritime Museum, yang mempunyai pameran yang hebat, atau Chinese Garden of Friendship. Darling Harbour juga merupakan tempat di mana anda akan dapat melihat keindahannya pada waktu malam.
6. Sydney Aquarium, Darling Harbour
Sydney Aquarium menawarkan koleksi akuatik-akuatik di seluruh dunia yang memaparkan sejumlah habitat, iaitu sebanyak 60 tangki dan tiga perairan laut yang terletak di tengah-tengah Sydney di Darling Harbour. Sydney Aquarium mempamerkan lebih daripada 12,000 haiwan akuatik daripada 650 spesies, dalam pameran habitat yang hebat. Pergilah ke sungai-sungai Selatan, rumah platipus dan salah satu ikan air tawar terbesar di dunia, iaitu kod Murray. Sepanjang perjalanan ke lautan selatan , anda boleh melihat penguin kecil, ikan laut, jerung dan ikan pari. Anda boleh lawati Mermaid Lagoon, yang menampilkan dua daripada enam duyung yang dipamerkan di mana saja di dunia. Kemudian akhiri perjalanan yang mengasyikkan dengan melihat spesies hidupan berwarna-warni yang hidup di sekitar Great Barrier Reef di lautan utara.
7. Powerhouse Museum
Powerhouse Museum merupakan sebuah muzium yang menempatkan koleki-koleksi seni dan sains atau dikenali sebagai “Museum of Applied Arts & Sciences”. Di muzium ini terdapat pameran kekal dan juga pameran sementara. Untuk pameran sementara, ianya akan berubah-ubah mengikut nasib. Pelajari budaya, sejarah dan cara hidup orang Australia dan banyak lagi benda-benda lain yang anda boleh dapati di sini.
8. Art Gallery of New South Wales
Galeri seni di New South Wales ini terletak di The Domain, di pinggir The Royal Botanic Garden. Di galeri seni yang unik ini, anda boleh melihat dan mencari beberapa karya seni kontemporari oleh beberapa koleksi oleh European masters dan juga seniman-seniman dari Asia. Galeri ini juga merupakan salah satu daripada koleksi seni orang asli terbesar di Australia. Kemasukan adalah percuma, walaupun beberapa pameran sementara mungkin memerlukan bayaran.
9. Wild Life Sydney Zoo
Anda mula mendapat gambaran bahawa Darling Harbour mungkin sangat besar daripada yang anda fikirkan sebelum ini apabila anda menyedari terdapat habitat binatang di sini. Ia mungkin bukan zoo terbesar yang akan anda lawati tetapi anda akan mendapat peluang untuk bertemu dengan “Big 5” – Koala, Kanguru, Buaya, Wombat dan Platipus. Sebenarnya terdapat beberapa zon yang berbeza di dalam zoo untuk anda terokai seperti Walking Walk Kangaroo, Devils Den, Tropika Kupu Kupu, Gumtree Valley, Wallaby Cliffs dan juga Nightfall.
10. Blue Mountains
Nikmati pengembaraan yang mampu membuatkan bulu roma anda berdiri dengan Scenic World di Blue Mountains, Warisan Dunia yang berhampiran dengan Sydney. Anda boleh meneroka empat tarikan, antaranya ialah Scenic Skyway, Scenic Cableway, Scenic Walkway dan Scenic Railway. Anda boleh menaiki Scenic Railway, iaitu kereta api funicular yang paling curam di dunia! Meluncur dengan kecondongan menakutkan mencecah 52 darjah melalui terowong sisi tebing yang melalui hutan hujan purba di Jamison Valley Floor. Kemudian, anda juga boleh merasai pengalaman yang mendebarkan untuk menerokai hutan hujan Jurassic di Scenic Walkway, berjalan kaki di sepanjang laluan boardwalk yang berkelajuan tinggi 2.4 kilometer! Ianya pasti menggugat adrenalin anda.
11. Sydney “The Gap”
Kredit: https://lightslant.wordpress.com
The Gap adalah tebing pasir di Bahagian Selatan, di bawah yang memanjangkan rak potong gelombang dan bersebelahan dengan Watsons Bay. Sejak permulaan penempatan Eropah, The Gap menjadi destinasi utama bagi pelancong untuk mengakses dan melihat pemandangan laut dan pemandangan Sydney Harbour yang menakjubkan dengan lebih mudah. Pada tahun 1857 kapal berlayar Dunbar membawa 63 penumpang dan 59 anak kapal jatuh ke tebing berbatu di kaki The Gap.Hanya seorang lelaki yang terselamat, seorang pelayar muda bernama James Johnson, yang berpegangan di tebing berbatu di bawah Gap selama 36 jam. Kami melawat “The Gap” semasa Lawatan Hari Berpandu Pramuka Sydney (Bandar dan Pinggir Timur)
Konklusi
Seperti yang anda telah lihat, Sydney sememangnya sebuah lokasi yang mempunyai kepadatan tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati dan artikel ini telah menyenarai separuh darinya. Ianya merupakan sebuah tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda yang ingin menerokai suasana dan pemandangan yang baru seperti Sydney. Namun, anda juga tidak seharusnya mengabaikan keselamatan anda. Pastikan anda mendapatkan pelindungan dari insurans perjalanan dari PolicyStreet. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di PolicyStreet dan klik di link ini, https://products.policystreet.com/allianz/travelcare/overview